Elliott Wave Malaysia

Saham Pilihan

Saham pilihan ialah cadangan kaunter saham yang dipilih berdasarkan analisis Elliott Wave Principle. Saham ini adalah sesuai untuk pelabur jangka masa panjang (swing).

EKOVEST

May 7, 2023 00:45 UTC
Ekovest Berhad (EKOVEST) telah melengkapkan leading diagonal wave untuk wave [i]. Sekarang EKOVEST dalam fasa correction untuk wave (c) of [ii] sebelum menyambung kenaikan untuk wave [iii]. Wave (c) of [ii] dijangka akan lengkap jika sampai di kawasan sokongan wave (a) of [ii].

PERTAMA

Apr 2, 2023 10:19 UTC
Pertama Digital Berhad (PERTAMA) dijangka membuat sedikit penurunan untuk wave (C) of [4]. PERTAMA juga boleh untuk terus membuat kenaikan untuk wave [5] sebab wave (C) of [4] kerana telah mempunyai syarat minima sebagai wave (C) of [4]. PERTAMA perlu naik dan memecahkan paras rintangan pada harga 2,40 dan 2.45 sebagai bukti PERTAMA dalam wave [5]. Jangkaan awal EWM adalah PERTAMA akan naik sehingga menguji upper trendline.

PERTAMA

Apr 9, 2023 15:14 UTC
Pertama Digital Berhad (PERTAMA) telah membuat kenaikan yang significant untuk wave [5]. PERTAMA perlu memecahkan paras rintangan pada 2.40 dan juga 2.45 untuk membuktikan yang PERTAMA dalam wave [5]. Jangkaan awal untuk PERTAMA adalah untuk menguji upper trendline.

PERTAMA

Apr 16, 2023 02:46 UTC
Pertama Digital Berhad (PERTAMA) telah membuat kenaikan yang significant untuk wave [5]. PERTAMA telah memecahkan paras rintangan pada 2.40 dan juga 2.45 untuk membuktikan yang PERTAMA dalam wave [5] sekaligus mencapai jangkaan awal untuk PERTAMA adalah untuk menguji upper trendline.

UZMA

Apr 2, 2023 12:46 UTC
Uzma Berhad (UZMA) dijangka akan terus membuat kenaikan untuk wave i of (i). Jika UZMA tidak membuat kenaikan tetapi memecah paras sokongan pada 0.555, maka UZMA masih berada dalam wave (c) of [ii]. Untuk pembuktikan awal UZMA dalam impulsive wave, UZMA perlu memecahkan paras rintangan pada 0.750. Jika berjaya, UZMA dalam landasan terbaik untuk teruskan kenaikan untuk wave [iii].

UZMA

Apr 9, 2023 00:59 UTC
Uzma Berhad (UZMA) dijangka akan terus membuat kenaikan untuk wave iii of (i). Tetapi akan ada sedikit penurunan atau retracement untuk wave ii of (i). Jika UZMA tidak membuat kenaikan tetapi memecah paras sokongan pada 0.555, maka UZMA masih berada dalam wave (c) of [ii]. Untuk pembuktikan awal UZMA dalam impulsive wave, UZMA perlu memecahkan paras rintangan pada 0.750. Jika berjaya, UZMA dalam landasan terbaik untuk teruskan kenaikan untuk mellengkapkan wave v of (i).

BPLANT

May 7, 2023 01:12 UTC
Boustead Plantations Berhad (BPLANT) dijangkakan akan membuat penurunan lagi untuk melengkapkan lima struktur impulsive wave untuk wave C of (2). Jangkaan awal BPLANT perlu memecahkan paras sokongan pada harga 0.600. Jangkaan awal untuk BPLANT turun minima pada harga 0.440 dan seterusnya pada harga 0.360.

MYEG

Feb 20, 2023 01:56 UTC
My E.G. Services Berhad (MYEG) membuat gap-down dan membuat terjunan sehingga paras 0.570. MYEG dijangka akan perlahan-lahan membuat kenaikan semula untuk wave i of 3. Untuk fasa ini Elliott Wave Malaysia menjangkakan MYEG membentuk lima struktur wave sama ada impulsive wave atau diganonal triangle.

MYEG

Apr 2, 2023 13:15 UTC
My E.G. Services Berhad (MYEG) membuat pattern Leading Diagonal selepas membuat bottom pada paras 0.570. MYEG dijangka akan terus membuat kenaikan untuk melengkapkan wave v of (i) of 3.

MYEG

Apr 16, 2023 05:22 UTC
My E.G. Services Berhad (MYEG) berjaya melengkapkan pattern Leading Diagonal selepas membuat bottom pada paras 0.570. MYEG kemungkinan akan membuat sedikit penurunan untuk wave (ii) sebelum sambung kenaikan untuk wave (iii) of 3.

AFFIN

May 7, 2023 01:43 UTC
Affin Bank Berhad (AFFIN) dijangka akan membuat penurunan untuk wave (c) of [ii]. Jangkaan awal untuk AFFIn turun adalah pada harga 1.73 dan tidak boleh turun lebih dari paras harga 1.62. Selepas itu AFFIN dijangka akan membuat kenaikan semula untuk wave [iii]. Untuk pembuktian AFFIN dalam wave [iii]. AFFIN perlu memecahkan paras rintangan 2.53.

EWINT

Mar 19, 2023 07:24 UTC
Eco World International Berhad (EWINT) dijangka akan membuat sedikit penurunan untuk wave [ii]. Penurunan ini dijangka akan membentuk wave c of [ii]. Selepas EWINT selesai melengkapkan wave [ii], maka Elliott Wave Malaysia menjangkakan EWINT akan terus naik untuk membuat wave [iii]. Sebaliknya jika EWINT tidak membuat penurunan dan membuat kenaikan, kita akan terus jangkaan EWINT dalam wave [iii].

EWINT

Apr 16, 2023 04:31 UTC
Eco World International Berhad (EWINT) sekarang dalam wave [iii]. Minggu lepas, EWINT telah membuat 52 week high. Elliott Wave Malaysia menjangka EWINT akan terus membuat kenaikan untuk wave [iii] dan naik sehingga paras [iii].

EWINT

Apr 28, 2023 23:53 UTC
Eco World International Berhad (EWINT) sekarang dalam wave [iii]. Minggu lepas, EWINT telah membuat 52 week high. Elliott Wave Malaysia menjangkakan EWINT perlu memecahkan paras rintangan pada paras 0.590 dan seterusnya membuat kenaikan untuk wave [iii] pada paras 0.630.

GDEX

Apr 2, 2023 13:38 UTC
Gdex Berhad (GDEX) baru selesai untuk melengkapkan correction wave untuk wave 2. GDEX dijangka akan naik untuk wave [i].

GDEX

Apr 16, 2023 05:44 UTC
Gdex Berhad (GDEX) telah membuat satu kenaikan yang significant untuk wave [i] of 3. GDEX dijangka akan naik untuk wave [i] pada paras 0.275.

AXIATA

May 7, 2023 06:00 UTC
Axiata group Berhad (AXIATA) telah membuat pattern diagonal pada wave (C) of [2]. Sekarang AXIATA di fasa awal untuk permulaan lima struktur impulsive wave untuk wave 1 of [3].

PMETAL

Apr 29, 2023 01:15 UTC
Press Metal Aluminium Holdings Berhad (PMETAL) dijangka naik untuk wave 3 of (5). PMETAL perlu memecahkan rintangan pada harga 5.41 untuk membuktikan PMETAL dalam wave 3 of (5). Wave 3 of (5) akan naik dalam lima struktur impulsive wave.

TENAGA

Apr 29, 2023 01:06 UTC
Tenaga Nasional Bhd (TENAGA) dalam fasa retracement untuk wave [iv] of 1. Elliott Wave Malaysia menjangkakan TENAGA akan membuat reversal dan naik untuk wave [v] of 1 untuk menjadi pattern leading diagonal. TENAGA perlu memecahkan rintangan pada harga 10.00 untuk membuktikan yang TENAGA dalam wave [v] of 1.

TOPGLOV

Apr 29, 2023 00:45 UTC
Top Glove Corporation Bhd (TOPGLOV) dalam fasa retracement untuk wave 2 tetapi ianya dilihat sebagai sementara sahaja. TOPGLOV dijangka akan terus membuat kenaikan untuk lima struktur impulsive wave untuk wave 3 of (3).

PAVREIT

May 7, 2023 02:04 UTC
Pavilion Real Estate Inv Trust (PAVREIT) dalam fasa untuk naik bagi wave 3. Jangkaan awal untuk wave 3 adalah pada harga 1.57. Tetapi sekiranya PAVREIT turun dan memecahkan paras sokongan pada harga 1.30, maka wave 2 masih belum terminate.