Elliott Wave Malaysia

logo_elliottwavemalaysia

Elliott Wave Malaysia ialah one-stop-centre yang memfokuskan kepada penggunaan Elliott Wave Principle dalam menganalisis harga pasaran saham.

Sebagai satu-satunya pusat untuk pembelajaran Elliott Wave yang diperakui di Malaysia, EWM memfokuskan kepada perkongsian analisis pasaran saham global dan Bursa Malaysia.

EWM berazam untuk memudahkan rakyat Malaysia menguasai ilmu Elliott Wave Principle dalam bahasa dan cara yang lebih mudah mengikut konsep yang tepat.

Diasaskan oleh Tuan Mohammed Rajaie, seorang Certified Elliott Wave (CEWA) yang diiktiraf oleh Elliott Wave International, satu-satunya badan profesional antarabangsa yang menyediakan latihan profesional penguasaan Elliott Wave Principle.

Visi

Menjadikan Elliott Wave Principle sebagai pengetahuan asas yang perlu dikuasai secara tepat oleh setiap pelabur di Malaysia.

Misi

Memudahkan rakyat Malaysia menguasai Elliott Wave Principle dalam bahasa dan cara yang lebih mudah mengikut pemahaman konsep yang tepat.

Pengasas Elliott Wave Malaysia

Elliott Wave Malaysia diasaskan oleh Tuan Mohamed Rajaie Abd Halim, seorang Certified Elliott Wave Analyst (CEWA) yang diperakui dan diiktiraf oleh Elliott Wave International (EWI), satu-satunya badan di dunia yang menyediakan kursus khas untuk penganalisis profesional Elliott Wave.

Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau pernah berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik sebelum membuat keputusan untuk menjadi pelabur sepenuh masa (FTT).

Kepakaran beliau ialah menggunakan Elliott Wave Principle dalam menganalisis pelbagai jenis instrumen pelaburan. Beliau menubuhkan Elliott Wave Malaysia dengan hasrat ingin membantu pelabur di luar sana belajar dan mengaplikasikan Elliott Wave Principle dengan tepat.

“Semua orang boleh belajar Elliott Wave Principle, tapi tak semua orang mampu mengaplikasikan pengetahuan sebenar dengan tepat mengikut rules and guidelines”

Mohamed Rajaie Abd Halim
Certified Elliott Wave Analyst (CEWA)