FTSE Bursa Malaysia KLCI Index (FBMKLCI) dijangka akan naik untuk sementara waktu untuk wave iv of (iii). Jangkaan kenaikan adalah pada paras 1433.63 sehingga 1446.77 mata. Selepas wave iv of (iii) sipa, FBM KLCI akan meneruskan penurunan mata untuk wave v of (iii). Untuk pembuktian FBMKLCI berada dalam wave v of (iii), FBMKLCI perlu memecahkan sokongan 1391.51 mata. Jika ini berlaku, Elliott Wave Malaysia menjangka FBMKLCI akan terus membuat penurunan sehingga 1391.16 mata dan seterusnya kepada 1362.75 mata. Kesimpulannya, FBM KLCI dijangkakan akan terus membuat penurunan untuk jangka masa harian. Rajaie Halim, CEWA
FBMKLCI